KUALA LUMPUR 19 Sept. – Bursa Malaysia terus berada pada aliran menurun semasa urus niaga ditutup hari ini disebabkan aktiviti jualan berterusan di kaunter berkaitan indeks dan saham mewah, kata seorang peniaga. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.21 mata kepada 1,596.28 berbanding 1,599.49 semasa ditutup semalam, bergerak antara 1,592.65 dan 1,599.17 sepanjang hari. Indeks dibuka 0.84 mata lebih rendah pada 1,598.65. Secara menyeluruh, kedudukan pasaran…









