KUALA LUMPUR 3 Sep. – Bursa Malaysia meneruskan peningkatan minggu lepas apabila dibuka tinggi sedikit hari ini. Ia didorong oleh sokongan belian bagi saham-saham wajaran tinggi terpilih walaupun bursa tempatan itu menyaksikan petunjuk yang bercampur-campur susulan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang berkuat kuasa pada 1 September lepas. Pada 9.16 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 0.12 mata kepada 1,612.26 selepas dibuka 0.64 mata lebih tinggi…










