Sesetengah artis berpendapat gosip atau kontroversi memainkan peranan penting dalam mengukur populariti mereka dalam industri. Selagi masyarakat bercakap tentangnya, maka makin bertambahlah populariti yang diraih. Namun, pelakon Mira Filzah lebih selesa menganggap populariti seseorang artis itu datangnya daripada produk yang dibawa, bukan bergantung kepada kontroversi. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-32 (ABP32) Ahad lalu percaya…










