KUALA LUMPUR 4 Sept. – Saksi pendakwaan kelapan, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu beliau dan bekas Ketua Setiausaha Sulit, Datuk Azlin Alias terpaksa menurut arahan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk membuka akaun bank di luar negara kerana takut kehilangan kerja. Amhari Efendi yang merupakan bekas pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Perdana Menteri turut berkata Azlin ada memberitahunya sekiranya permintaan Jho Low itu…










