JERANTUT 1 Sept. – Seorang kanak-kanak mati lemas ketika mandi di kolam di sebuah pusat penyelidikan di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Arif Aiman Mohd. Syabrul Khairi, 8, ditemukan lemas dalam kolam berkenaan oleh orang awam. Ketua Polis daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, mangsa dikatakan meminta izin ibunya untuk ke kolam tersebut bersama rakannya…










