AWANG tertarik dengan kenyataan Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali yang menyatakan parti itu akan mengumumkan pemasyhuran sumpah keramat 10 tuntutan Melayu dan pribumi sempena pelancaran parti itu pada 28 September ini. Kata Ibrahim, pemasyhuran itu adalah pengisian perjuangan parti Putra dalam memenuhi agenda Melayu bumiputera, Islam dan negara yang akan diumumkan dengan secara jelas dan terang. Baguslah ada satu lagi parti yang akan memperjuangkan…










