BUKIT MERTAJAM 22 Sept. – Menyamar sebagai penunjuk arah sebelum menyamun menggunakan alat renjatan elektrik. Itu taktik yang digunakan seorang lelaki berusia 32 tahun ketika menyamun seorang penuntut kolej di belakang sebuah gereja di sini dalam kejadian 2 September lalu. Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Mat Iwan itu akhirnya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Limau, Kulim, Kedah kira-kira pukul 4.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah…










