KUALA LUMPUR 27 Sept. – Beri ruang kepada pihak polis menjalankan tugas bagi merungkai kebenaran di sebalik insiden-insiden yang berlaku di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, saranan itu turut diingatkan kepada pemimpin politik supaya tidak sesekali menjadikan mana-mana insiden sebagai alat meraih sokongan masyarakat. “Kerajaan memandang serius isu ini dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap individu yang berbuat demikian kerana perbuatan sebegini…










