KUALA LUMPUR 24 Sept. – Dua pasangan beregu campuran Malaysia terkandas seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Terbuka Korea, hari ini. Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing bagaimanapun bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum akur kepada pasangan China, Lu Kai-Chen Lu 21-11, 19-21, 13-21. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga gagal meneruskan kemaraan selepas tewas kepada permainan pantas pasangan…










