BUTTERWORTH 25 Sept. – Seorang anak tergamak mengugut untuk membunuh bapanya hanya kerana tidak diberikan RM20 seperti diminta dalam kejadian di Kampung Nyior Sebatang, Sungai Dua di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, suspek yang juga penagih dadah berusia 34 tahun berkenaan mengamuk dengan mengacukan pisau ke arah bapanya yang berusia 74 tahun di rumah mereka. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd.…










