KLUANG 29 Sept. – Kerajaan belum memutuskan sama ada mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Menurutnya, pihak kementerian masih menunggu laporan jawatankuasa kajian berhubung UEC sebelum dapat dibentangkan kepada Kabinet. “Itu adalah keputusan kerajaan negeri Sabah. Kita masih menunggu laporan jawatankuasa kajian UEC yg kita telah tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa kepada kabinet,” katanya mengulas keputusan Sabah yang mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan…










