JOHOR BAHRU 22 Sept. – Seorang bekas setiausaha sulit Ahli Parlimen Tebrau dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan melibatkan penipuan atas urusan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), pembelian barang kemas dan voucher kembali ke sekolah melibatkan kerugian RM39,450 antara November 2018 hingga Julai lalu. Tertuduh, S. Saswin Nair, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Haffiza…









