PUTRAJAYA – Seorang bekas setiausaha pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) sebuah kementerian akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan meminta suapan daripada ejen hartanah pada November dan Disember tahun lalu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, wanita berusia 39 tahun itu melakukan kesalahan itu sebagai ganjaran untuk mendapatkan tender penjualan hartanah milik kerajaan di luar negara. Jelasnya, bekas setiausaha itu akan didakwa dengan beberapa…










