JEMPOL 2 Sept. – Perkhidmatan bas percuma bagi laluan Bahau-Batu Kikir dekat sini dilancarkan hari ini yang memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong berkata, perkhidmatan itu diperkenalkan kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jempol (MPJL). Jelasnya, bagi peringkat percubaan sehingga penghujung tahun ini kos perkhidmatan bas tersebut dibiayai sepenuhnya oleh pejabat ADUN Bahau. “Laluan paling utama bagi bas percuma ini…










