PUTRAJAYA 28 Sept. – Balu kepada seorang guru, allahyarham Mohd. Nazeri Zakaria yang maut dalam satu kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu menerima sumbangan berjumlah RM28,000 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Aminudin Adam kepada Syukartinie Awang, 39, sempena Mesyuarat Agung Tahunan YGMB di Hotel Palm Garden, di sini hari ini. Syukartinie yang masih bersedih dengan pemergian suaminya itu…










