Kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad kembali hangat diperkatakan apabila isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya. Sebelum itu, spekulasi berkenaan rumah tangga pasangan yang berkahwin pada 31 Mac 2017 itu tersebar selepas Nabila memuat naik gambar hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menerusi Insta Storynya pada Khamis lalu. Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, yang ditemui Kosmo! pada tayangan perdana filem terbaharu lakonannya,…










