Segala yang telah pergi, nescaya akan kembali. Entah bernama kenangan atau kerinduan. Begitulah madah puitis yang menggambarkan Aidilfitri 2015 sebagai detik bermula segalanya. Tatkala berkumpul bersama sanak saudara di sebuah rumah di Kepong, Kuala Lumpur, adik-beradik bapa Eranadea Kamarul Azman telah mengeluarkan sekeping foto lama yang calar dan pudar. Ia adalah foto arwah nenek Eranadea yang meninggal dunia sewaktu bapanya, Khairul Azman Jamaludin, 73, baru berusia lima tahun. Pastinya foto…










