KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bahasa Melayu menduduki tangga kesepuluh yang sangat berpengaruh daripada 6,000 bahasa yang dituturkan di seluruh dunia. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas berkata, hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi antara bahasa komunikasi utama di peringkat antarabangsa. Katanya, globalisasi sejak awal abad ke-16 memberi kesan terhadap bahasa Melayu dari segi peristilahan tetapi tetap mengekalkan jati asalnya. “Ini menunjukkan bahasa Melayu dinamik…










