Pada usia enam puluh dua tahun ayahanda masih kelihatan segak, tampan dan perkasa. Tubuh sasa ayahanda serta raut wajahnya yang sentiasa ceria tidak langsung menunjukkan perwatakannya sudah menjangkau umur warga emas. Ayahanda masih mampu mengangkat beban berat dengan tulang-temulang dan kudratnya. Seharian berada di kebun dan dusun warisan nenda tidak pernah sesekali memenatkannya. Aktiviti menabur racun perosak, membaja tanah, menyemai anak-anak pokok selain menebas belukar serta tumbuh-tumbuhan liar tidak langsung…










