KUALA LUMPUR 30 Sept. – Hanya tahu AS$577 juta dibayar ke syarikat Aabar palsu selepas didedahkan media. Menurut kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selepas skandal tersebut terbongkar, barulah beliau perasan terdapat perbezaan antara nama Aabar yang diletakkan dalam perjanjian dan Aabar yang sebenar. “Semasa saya menandatangani Collaboration Agreement for Credit Enhancement pada 21 Mei 2012 mewakili 1MEL (dengan pihak Aabar Investment…










