PASIR GUDANG 24 Sept. – Pihak majikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini perlu menganjurkan program yang menyumbang ke arah pengurangan kemalangan di tempat kerja. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, usaha tersebut adalah selari dengan prinsip peraturan kendiri yang menjadi teras Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. “Konsep peraturan kendiri ini amat penting difahami dan diterapkan di tempat kerja kerana membabitkan…










