LONDON 1 Sept. – Jurgen Klopp menegaskan, tiada apa yang perlu dibimbangkan dan semua dalam keadaan baik selepas melihat Sadio Mane ‘mengamuk’ di luar padang ketika Liverpool menumpaskan Burnley 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini. Pengurus Reds itu mengesahkan, Mane naik angin bukan kerana dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Divock Origi, sebaliknya dia berang dengan rakan sepasukan, Mohamed Salah. Dalam insiden di minit ke-84, Mane berada pada kedudukan baik…









