IPOH 23 Sept. – Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic tetap berpuas hati dengan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Selangor dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak di sini semalam. Namun katanya, Perak sepatutnya menang lebih daripada satu gol jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gol pasukan lawan, Mohd. Khairulazhan Mohd. Khalid. Menurutnya, Khairulazhan menafikan dua percubaan terbaik pasukan tuan rumah yang sepatutnya memberikan jaringan kepada Perak. “Penjaga gol (Selangor)…










