JAKARTA 4 Sept – Kritikan demi kritikan tidak langsung mematahkan semangat pemain tengah negara, Akram Mahinan menjelang aksi sulung Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, Khamis ini. Meskipun kata-kata negatif tersebut datang dari penyokong tanah air sendiri, tonggak PKNS FC berusia 26 tahun itu tetap bermotivasi tinggi dan komited, untuk membantu pasukan meraih tiga mata di Stadium Gelora Bung Karno, jika diturunkan. Menurut Muhammad…










