PARIS 3 Sept. – Penyerang buangan Inter Milan, Mauro Icardi menyertai Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman dengan pilihan untuk membelinya, kata kelab Paris tersebut. Icardi merupakan penjaring terbanyak Serie A pada musim 2017-2018 dengan 29 gol namun pada musim lalu lilitan kapten yang dimiliknya telah dirampas selepas berlaku pertikaian dalam kontraknya sebelum dilarang menyertai latihan bersama pasukan. Dia kemudiannya mengambil tindakan terhadap kelab majikannya. PSG terdesak mencari penyerang malah mereka…










