ARAU 2 Sept. – Penyokong Pas dan UMNO dari negeri ini, kini tidak sabar menantikan detik menandatangani Piagam Muafakat Nasional yang akan dimeterai kedua-dua parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 14 September depan. Malah bagi mereka tarikh itu bakal tercatat sebagai saat paling bersejarah buat kedua-dua parti terbesar orang Melayu dan Islam apabila kedua-duanya akan menjalin kerjasama secara rasmi setelah bertelagah sejak puluhan tahun demi…









