HULU SELANGOR – Hasrat seorang remaja lelaki yang keluar rumah untuk membeli sarapan berakhir dengan tragedi selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas dalam satu kejadian di Jalan Kantansari, Sungai Buaya di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab. Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi ketika mangsa, Muhammad Aliff Najmi Sariman Adi, 16, yang menunggang motosikal jenis Yamaha sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan…










