TANAH MERAH 23 Sept – Seorang remaja maut selepas kereta Proton Waja dinaiki bersama rakannya yang sarat dengan muatan daun ketum bertembung dengan sebuah lori di simpang empat Yap Boon Yang, dekat sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, remaja berusia 16 tahun yang duduk di bahagian belakang kereta berkenaan maut selepas mengalami kecederaan parah. Sementara itu, pemandu Proton Waja berusia 33 tahun itu patah kaki kanan…










