SEPANG 30 Sept. – AirAsia akan melaksanakan pengurangan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) di KLIA2 dan lapangan terbang antarabangsa lain di Malaysia di mana ia beroperasi mulai esok. Ini berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada bulan lepas setelah kabinet bersetuju menurunkan kadar PSC bagi para tetamu yang terbang ke destinasi luar ASEAN kepada RM50 berkuat kuasa 1 Oktober 2019. Presiden Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo…









