TAWAU 2 Sept. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat dekat sini hari ini bagi memenuhi hasratnya untuk bersama rakyat yang ditimpa musibah. Seri Paduka bertitah bahawa baginda terpanggil untuk menziarahi mangsa kampung itu setelah mengetahui kejadian kebakaran itu ketika baginda berada di Jakarta, Indonesia. “Apabila saya terbaca dan terlihat dalam berita mengenai kejadian kebakaran di…










