PADA 4 Julai 2019 lalu, MPM menghimpun para cendekiawan Melayu pelbagai latar belakang, duduk semeja membincangkan agenda kesepakatan dan kemakmuran bangsa Melayu. Dalam ucaptama itu saya turut mengimbau kembali himpunan datuk-nenek kita di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 2-4 Mac 1946, yang berkesudahan dengan satu tindakan terancang menentang pembentukan Malayan Union. Daripada himpunan itu juga berputik cita-cita datuk nenek kita itu menubuhkan parti politik untuk semua orang…










