PUTRAJAYA 24 Sept. – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dijangka akan menerima lebih banyak aduan selepas Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (Pindaan) 2019 berkuat kuasa 1 Oktober ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, pindaan akta yang melibatkan peningkatan had nilai tuntutan itu dilihat mampu memperkasakan hak pengguna seiring peningkatan kuasa beli rakyat. Selain itu katanya, pindaan tersebut akan memastikan…










