pengorbanan 62 orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai latihan kepolisan selama enam semester berbaloi apabila ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Simpanan Polis. Penyampaian sijil Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Malaysia Kali ke-15, 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang baru-baru ini. Dalam…










