Pelabur asing kembali jual ekuiti RM63.7 juta - Utusan Malaysia

Pelabur asing kembali jual ekuiti RM63.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing kembali menjual ekuiti di Bursa Malaysia selepas tiga minggu sebagai pembeli, dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM63.7 juta, menurut MBSB Research.

Firma penyelidikan itu berkata, jualan tertinggi dicatatkan pada tiga daripada lima hari dagangan dengan Rabu yang paling tinggi (RM102.3 juta), diikuti Khamis (RM87.5 juta) dan Jumaat (RM59.0 juta).

“Aliran keluar terbesar direkodkan pada hari Rabu (-RM102.3 juta), diikuti Khamis (-RM87.5 juta) dan Jumaat (-RM59.0 juta).

“Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM342.0 juta), tenaga (RM37.2 juta) dan perladangan (RM32.3 juta).

“Sebaliknya, tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing tertinggi ialah utiliti (-RM103.7 juta), penjagaan kesihatan (-RM99.1 juta), dan produk dan perkhidmatan pengguna (-RM79.5 juta).

Institusi tempatan pula menamatkan rentetan tiga minggu jualan bersih apabila bertukar menjadi pembeli bersih minggu ini, dengan aliran masuk sebanyak RM273.3 juta,” katanya dalam nota penyelidikan.

Sementara itu, pelabur runcit kembali menjadi penjual bersih dengan aliran keluar sebanyak -RM209.6 juta.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan prestasi bercampur: pelabur runcit meningkat 6.4 peratus institusi tempatan menurun -1.9 peratus manakala institusi asing mencatatkan peningkatan sebanyak 9.8 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN