KANGAR 30 Sept. – Minggu depan, kira-kira 600 orang pesawah di kawasan seluas 1,300 hektar di Utan Aji di sini, sepatutnya akan mula mengusahakan tanaman padi bagi musim ini. Bagaimanapun, mereka buntu apabila sehingga hari ini masih belum dibekalkan benih padi yang sepatutnya diterima minggu lalu. Berikutan itu, mereka berharap pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah tersebut yang boleh menjejaskan pesawah di kawasan terbabit. Difahamkan, benih sepatutnya sudah berada…










