DUNGUN 29 Sept. – Gelagat enam mat rempit yang `asyik’ mengadakan perlumbaan haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat sini mengundang padah apabila mereka akhirnya dicekup polis petang semalam. Kesemua mereka ditahan berhampiran Plaza Tol Bukit Besi kira-kira pukul 5 petang selepas berlumba dengan aksi berbahaya termasuk gaya `spiderman’ dari kawasan Ajil, Hulu Terengganu menghala ke Bukit Besi dekat sini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum…










