Harga petrol di AS mampu lonjak lebih RM19 segelen pada musim panas - Utusan Malaysia

Harga petrol di AS mampu lonjak lebih RM19 segelen pada musim panas

HARGA petrol meningkat di AS akibat perang Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengguna-pengguna di Amerika Syarikat (AS) mungkin terpaksa membayar harga petrol  AS$4.80 (RM19) untuk segelen atau 3.78 liter pada musim panas ini. 

Malah, ia berisiko mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah sekiranya konflik membabitkan Iran berterusan.

Penganalisis daripada GasBuddy, sebuah aplikasi mudah alih percuma yang membantu pemandu mencari stesen minyak termurah memberi amaran ia mungkin bermula dari cuti Hari Memorial pada 25 Mei  hingga Hari Buruh iaitu 7 September.

Harga petrol akan melonjak jika Selat Hormuz iaitu laluan laut utama yang mengendalikan satu perlima daripada bekalan minyak dunia terus disekat oleh Iran.

Ia boleh melonjak melebihi AS$5 (RM19.81) segelen, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi baharu dalam sejarah.

“Ini merupakan musim panas yang paling tidak menentu di stesen minyak dalam tempoh bertahun-tahun,” kata Ketua Analisis Petroleum di GasBuddy, Patrick De Haan kepada Daily Mail.

GasBuddy beroperasi secara utamanya melalui pengumpulan data orang ramai yang bergantung kepada laporan aktif para penggunanya. Pengguna itu akan memberikan maklumat  mengenai harga bahan api di stesen minyak tempatan.

Data itu dikumpulkan dan kemudian diterbitkan.

Sebagai rekod, purata harga petrol di peringkat nasional kali terakhir melepasi paras AS$4.80 (RM19) segelen adalah pada Jun 2022. Ketika musim panas tahun tersebut, purata harga nasional berjaya melepasi angka AS$5 (RM19.81) dan mencapai kemuncak tertinggi dalam sejarah pada kadar AS$5.02 (RM19.89) segelen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN