KUALA LUMPUR 2 Sept. – Selepas cemerlang pada tiga pusingan pertama, hajat Gavin Kyle Green untuk menutup cabaran Jelajah Eropah pada kedudukan terbaik gagal apabila mencatat satu atas par 71 di hari terakhir Masters Omega Eropah hari ini. Pemain Malaysia berusia 25 tahun itu memulakan kempen di Kelab Golf Crans-sur-Sierre, Switzerland dengan aksi memberangsangkan apabila mencatat 65 pukulan (lima bawah par), 64 (enam bawah par) dan 69 (satu bawah par).…










