PULAU PINANG 2 Sept. – Sebanyak 4,684 penuntut baharu bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda mendaftar di ketiga-tiga kampus Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sidang akademik 2019/2020 yang bermula hari ini. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail berkata, daripada jumlah itu sebanyak 3,268 pelajar ditempatkan di kampus induk; 754 di kampus kejuruteraan manakala 662 pula di kampus kesihatan. “Seramai 4,017 daripada puluhan ribu yang memohon program…










