PATRIOTIK. Seramai 21 murid bersama 10 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu menyertai program Kembara Merdeka di Kampung Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini. Program itu diadakan di rumah pemenang Johan Kategori Individu Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor 2018, Azli Suradi bertempat di kampung berkenaan. Guru Besar SK Kampung Baharu, Maziyah Mohamed berkata, program anjuran Unit Kurikulum sekolah itu bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 selain…










