JAKARTA 1 Sept. – Polis Indonesia menahan 28 suspek di utara wilayah Papua berikutan protes yang tercetus minggu lalu. Menurut jurucakap polis Papua, Ahmad Kamal seperti dipetik oleh Reuters, lebih ramai akan ditahan bagi membantu siasatan. “Kesemua mereka disyaki terbabit merosakkan dan membakar harta benda, bertindak ganas, provokasi dan melakukan rompakan,” kata Kamal ketika dihubungi oleh Reuters. – AGENSI










