KUALA NERUS 30 Sept. – Penantian lebih 30 tahun seramai 105 penduduk Pulau Redang dekat sini untuk memiliki tanah sendiri berakhir apabila mereka menerima geran hak milik hari ini. Mereka yang kebanyakannya merupakan generasi ketiga menerima geran hak milik tanah itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. Seorang penduduk, Himamalini Ishak, 47, berkata, dia kini boleh menarik nafas lega kerana tanah kediaman itu…









