KLANG – Cuaca panas melampau sepanjang bulan ini menjadi punca haiwan serta reptilia mencari tempat perlindungan di kawasan lembap yang ‘berteduh’ di premis dan kediaman. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, berdasarkan statistik sebanyak 105 panggilan diterima pihaknya untuk bantuan menangkap binatang liar dan reptlia seperti ular, musang, biawak, monyet serta kucing hutan. Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan sehingga 40 peratus berbanding Ogos lalu. “Secara purata…










