JAKARTA 24 Sept. – Pencemaran udara ekoran aktiviti pembakaran hutan terbuka di negara ini menyebabkan hampir 10 juta orang kanak-kanak berisiko mengalami penyakit. Amaran itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan, hampir 10 juta golongan muda berusia 18 tahun ke bawah, suku daripadanya berumur 5 tahun ke bawah, tinggal di kawasan yang terjejas teruk. Menurut UNICEF, kanak-kanak mudah terdedah kerana sistem…










