Zakat Selangor di UTC Shah Alam mula beroperasi semalam - Utusan Malaysia

Zakat Selangor di UTC Shah Alam mula beroperasi semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Zakat Selangor memulakan operasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam di sini bermula semalam ekoran penutupan cawangan lama di Kompleks PKNS pada 8 Julai lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu kenyataan memberitahu, operasi pada hari Isnin hingga Jumaatakan dibuka pada pukul 1 petang hingga 10 malam manakala pada hari minggu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Bagaimanapun, waktu operasi ini khusus di cawangan UTC sahaja tanpa melibatkan 26 LZS yang lain. Ia adalah inisiatif kami bagi memudahkan urusan masyarakat setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk urusan taksiran dan bayaran zakat serta khidmat rundingan berkaitan agihan zakat, fidyah, wakaf, sedekah serta wang tidak patuh syariah,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini