Warga Britain rugi RM2,000 disamun - Utusan Malaysia

Warga Britain rugi RM2,000 disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos- Seorang warga Britain berdepan detik cemas apabila disamun lelak bersenjatakan pisau di hadapan rumahnya di Taman United, Brickfields di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, mangsa berusia 64 tahun yang juga bertaraf penduduk tetap dikatakan baru keluar dari kenderaan perkhidmatan e-hailing (Grab).

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, ketika mangsa ingin membuat pembayaran, suspek menghampiri dengan mengacukan pisau dan menarik dompetnya menyebabkan dia terpaksa melepaskan dompet itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek kemudian berlari ke arah motosikal Honda Wave yang diletakkan berhampiran sebelum mangsa bertindak menolak motosikal itu sehingga jatuh.

“Bagaimanapun suspek sempat melarikan diri namun meninggalkan motosikalnya.

“Kerugian mangsa dianggarkan RM2,000 dan tiada sebarang kecederaan dialami lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, motosikal yang tinggalkan suspek telah dibawa ke balai polis.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran motosikal itu palsu tetapi nombor asalnya telah dikenal pasti.

“Kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini