KUALA LUMPUR 3 Ogos- Seorang penggangur ditahan polis dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun di Kampung Bumiputera Jalan Silam, Lahad Datu pada Selasa lalu. Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, warga asing berusia 33 tahun itu ditahan selepas laporan dibuat ibu mangsa pada hari kejadian. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa mangsa ke rumah suspek untuk mencari adiknya.…










