GEORGE TOWN – Seorang wanita yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer (km) 6.8 dekat sini ditemui selamat selepas hanyut kira-kira 20km dari tempat dia terjatuh kelmarin.
Mangsa berusia 36 tahun itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat di kawasan Straits Quay di sini kira-kira pukul 10 malam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, saksi mendakwa melihat wanita itu terjun dari jambatan tersebut pukul 5.30 petang.
Memuatkan artikel berkaitan…











