KLANG 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Meru dekat sini, berlangsung dalam suasana cukup meriah. Sambutan yang diadakan dua sesi semalam, membabitkan hampir 3,000 murid dan guru-guru sesi pagi dan petang. Pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan termasuk perbarisan patriotik, mengibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu-lagu kemerdekaan. Turut diadakan bacaan Rukun Negara dan doa memohon…










