[VIDEO] Pengusaha restoran ditemui rentung - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengusaha restoran ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Tindakan seorang pengusaha restoran makanan memasuki semula kawasan restorannya yang sedang terbakar berakhir tragedi apabila ditemui rentung dalam kejadian di Lorong Nipah 3, Taman CH Liung, Pandaraman. 

Lim Kik Bok, 68, maut selepas terperangkap dalam runtuhan dari bahagian bumbung semasa kebakaran pukul 7.20 pagi itu.

Difahamkan mangsa memasuki semula restoran itu bagi mengambil barangan yang tertinggal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebanyak 27 anggota termasuk pegawai bersama enam buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.30 pagi.

Katanya, kesemua mereka daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Andalas dan BBP Kota Raja.

“Jentera pertama tiba dilokasi kira-kira 10 minit kemudian dengan api sedang marak memusnahkan restoran berkeluasan kira-kira 1,950 meter persegi.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam sebelum dipadamkan dengan mangsa ditemui rentung di dalam premisnya, “katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini